Konvensyen Pakar Bisnes Internet

zamri nanyanJEMPUTAN DARIPADA: Zamri Nanyan, Usahawan Internet
KEPADA: Usahawan & Bakal Usahawan Internet, Pemilik Perniagaan & ANDA!
TARIKH: .

PER: Belajar daripada Pakar Secara LIVE di Konvensyen Pakar Bisnes Internet

Macam mana nak buat pilihan bisnes yang tepat dan sesuai dengan diri anda kalau anda cuma tahu 1 atau 2 cara sahaja untuk menjana pendapatan di internet? Apa akan jadi kalau 1 atau 2 cara tersebut tak menepati citarasa anda? Nak teruskan juga bisnes internet dengan terpaksa? Anda PASTI?

Barangkali itulah yang sering berlaku dan tak hairanlah ramai yang kecundang.

Berkali-kali saya nyatakan bahawa terdapat terlalu banyak cara untuk anda menghasilkan pendapatan di internet dan memulakan bisnes internet anda sendiri. Anda cuma perlu pilih mana yang telah terbukti berkesan. Malangnya, kebanyakan daripada mereka di luar sana (mungkin juga anda) cuma didedahkan dengan seperti yang saya nyatakan tadi, 1 atau 2 cara sahaja dan cara yang didedahkan kepada mereka pula tak bertahan lama atau tak terbukti berkesan pun. Ada yang terus memulakan bisnes internet berdasarkan pilihan yang kurang bijak tersebut - secara terpaksa - dan akhirnya menemui kegagalan.

Jangan biarkan ini berlaku kepada anda.

Sekarang, bayangkan jika anda didedahkan, bukan 1 atau 2, tapi 8 model bisnes berlainan dan diajar terus kepada anda secara LIVE, tanpa berselindung lagi. Anda pilih mana satu yang berkenan di hati dan sesuai dengan jiwa anda. Anda suka menjual produk digital seperti ebook atau software? Anda suka menjual produk fizikal? Atau anda suka menghasilkan pendapatan tanpa memiliki produk digital atau fizikal anda sendiri?

Pilihan terbentang di hadapan anda.

Tak cukup dengan itu, anda boleh berdepan dengan usahawan-usahawan yang mengajar anda tersebut secara bersemuka dan tanyalah rahsia mereka.

Tapi bagaimana dan di mana anda nak belajar secara LIVE ini ye?

Telah lama saya bercadang untuk mengumpul usahawan-usahawan internet di dalam satu program LIVE sebegini dan masanya telah tiba.

Baru-baru ini, saya melakukan sedikit kerja-kerja detektif dan mencari penceramah-penceramah yang saya namakan "cakap memang serupa bikin" (orang yang buat apa yang diajar). Mereka menghasilkan pendapatan yang lumayan di internet dan ingin mengajar anda sebaik mungkin. Ada yang telah menghasilkan 6 angka jualan dalam masa sebulan pada setiap pelancaran produk. Ada yang mendapat pendapatan 4 hingga 5 angka secara part time di samping mendapat gaji lumayan daripada syarikat terkemuka negara.

Sesetengahnya bukannya penceramah pun tapi atas dasar ingin melihat anda berjaya, mereka sudi untuk kongsikan ilmu berharga tentang bisnes internet mereka bersama anda.

Yang menariknya, sekarang anda tidak akan terhad kepada 1 atau 2 cara lagi... sekiranya impian anda besar, ada peluang untuk anda mencipta 8 sumber pendapatan baru daripada internet pada tahun ini.

Mengumumkan...


Pada 5 & 6 April 2014 nanti, saya akan menganjurkan sebuah program yang dinamakan Konvensyen Pakar Bisnes Internet, yang membariskan beberapa usahawan internet yang akan mengajar, berkongsi dan mendedahkan rahsia mereka menghasilkan pendapatan lumayan di internet.

Ini merupakan Konvensyen Pakar Bisnes Internet Ketiga, lanjutan daripada kejayaan Konvensyen Pakar Bisnes Internet yang lepas.

Anda lihatlah sendiri suasana ketika kovensyen yang lepas diadakan di bawah.



konvensyen pakar bisnes internet

konvensyen pakar bisnes internet

konvensyen pakar bisnes internet

konvensyen pakar bisnes internet

konvensyen pakar bisnes internet

konvensyen pakar bisnes internet

Datang ke Konvensyen Pakar Bisnes Internet dan rasai sendiri kehangatan dan pengalaman berharga ini. Berikut ialah info lanjut program ini:


PROGRAM:

Konvensyen Pakar Bisnes Internet 3


LOKASI:

Wisma MCA, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur


TARIKH:

5 & 6 April 2014 (Sabtu & Ahad)


MASA:

9:00 AM - 5:00 PM


 



Program ini bukannya seperti seminar biasa yang anda pernah hadiri sebelum ini. Ianya akan berlangsung selama 2 hari berturut-turut bagi memastikan anda betul-betul dapat belajar pelbagai kaedah, rahsia dan model bisnes internet yang telah terbukti berkesan.

Amatlah rugi sekiranya anda tidak hadiri program Konvensyen Pakar Bisnes Internet ini kerana saya pasti setiap orang yang hadir nanti akan pulang dengan ilmu yang sarat untuk dipraktikkan.

Pasti anda tak akan biarkan orang lain belajar dan memecut ke hadapan daripada anda bila anda juga mempunyai peluang yang sama sekarang, bukan?

Dan bukan itu sahaja, saya jemput khas usahawan internet yang bertaraf "jutawan internet sebenar" untuk berkongsikan informasi sulit beliau tentang kejayaan BESAR dengan bermula dari bawah (paling bawah).



Beliau yang saya maksudkan ialah Patric Chan, mentor dan rakan yang saya kenali secara peribadi.

Walaupun telah membina sebuah empayar bisnes internet yang besar, Patric dengan relanya pernah menutup hampir kesemua laman web berkaitan bisnes internet beliau dan juga melakukan lelongan bisnes "self-improvement" beliau. Rahsia BESAR beliau ini telah dikongsikan pada konvensyen yang lepas. Adakah rahsia yang sama akan beliau kongsikan lagi nanti atau ada rahsia lain lagi yang hendak disampaikan? Kita lihat di konvensyen ketiga ini.

Dan sekiranya anda orang yang tajam di dalam pengamatan, dan saya pasti anda adalah bijak, dengan satu daripada idea atau strategi sahaja yang Patric kongsikan secara LIVE mampu mengubah tahap kewangan anda. Saya tahu kerana ianya berlaku kepada diri saya.

Ini adalah apa yang Robert Allen, seorang penulis terlaris yang telah menjual jutaan buah buku, ingin katakan terhadap keunikan dan kekuatan Patric:


Nota* - Robert Allen juga adalah co-author bersama Patric Chan di dalam buku "Clicking Cash" (satu penghormatan bagi anak Malaysia yang berjaya co-author bersama best-selling author dari Amerika Syarikat, Robert Allen).

Jadi, pastikan anda hadir ke Konvensyen Pakar Bisnes Internet.

Dan ini pula adalah barisan usahawan-usahawan internet lain yang akan berkongsi "stage" bersama saya dan Patric di dalam konvensyen ini nanti.


Mohd Najib Asaddok

Aqif Azizan

Cikgu Hafis

Speaker Misteri

Speaker Misteri

Speaker Misteri


Jangan bertangguh untuk melakukan tempahan tiket kerana siapa pun jua yang bakal saya tampilkan untuk anda pasti di kalangan usahawan-usahawan internet yang telah terbukti berkesan.

Untuk saya dapatkan 6 penceramah jemputan dan sesuaikan kesemua jadual penceramah-penceramah ini untuk saya muatkan mereka ke dalam satu program yang seumpamanya ini adalah amat rumit. Silap haribulan, susah nak kosongkan jadual mereka semata-mata untuk berucap di Konvensyen Pakar Bisnes Internet.

Jadi, jika anda terlepas peluang pada kali ini, tak ada jaminan yang ianya akan dilakukan lagi pada masa akan datang.

Pesan sebelum semua kuota tempahan penuh.







Bersedia untuk gegarkan pasaran tempatan dan belajar bisnes internet daripada yang pakar?

Jika anda bersedia dan benar-benar ingin berjaya, saya rasa anda sanggup laburkan lebih RM1,000 untuk program 2 hari ini. Dengan satu tip atau model bisnes yang bakal dikongsikan sahaja, anda mungkin perolehi semula berlipatkali-ganda nilai RM1,000.

Namun, program ini adalah untuk anda dan saya nak anda datang walau macam mana jauh sekali pun anda berada daripada Wisma MCA sekarang. Jadi, saya tak akan kenakan caj sehingga RM1,000, RM700 ataupun RM500.

Program ini untuk anda dan saya nak anda manfaatkan peluang ini sepenuhnya.

Tempah sekarang dan anda bayar cuma RM99 sahaja untuk Konvensyen Pakar Bisnes Internet selama 2 hari ini.

Tak sampai RM50 untuk untuk setiap hari dan segala halangan kos untuk datang telah saya lenyapkan untuk anda. Alasan yang lain mungkin sudah tidak relevan lagi.

Dan saya benar-benar nak lihat anda di Konvensyen Pakar Bisnes Internet ini nanti. Bukan setakat itu sahaja, saya nak anda terus BERUNTUNG menempah tiket ke Konvensyen Pakar Bisnes Internet pada hari ini.

Oleh itu, dengar betul-betul!

Anda tempah 1 tiket pada harga RM99 sudahpun berbaloi tetapi sekiranya anda tempah 3 tiket (mungkin untuk datang bersama dengan pasangan anda atau "business partner" anda), anda tak perlu bayar 2xRM99 atau RM198.

Harga tiket "Pakej Anda & 2 Rakan" ialah cuma RM149.

Maksudnya, anda bayar seperti bayar tambahan RM50 sahaja untuk pasangan atau partner anda datang bersama anda. Ini sudah diskaun melebihi 50% daripada harga biasa untuk tiket kedua.

Awesome, bukan?

Mana lagi nak dapat tawaran sebegini?



Walaubagaimanapun, saya cuma dapat terima 200 tempahan sahaja untuk Konvensyen Pakar Bisnes Internet pada tahun ini. Ini disebabkan bilik seminar di Wisma MCA cuma dapat muatkan 200 peserta sahaja.

Anda lambat buat tempahan, anda tak akan dapat hadiri program seumpamanya ini.

Dengan adanya tambahan tawaran pakej "Anda & 2 Rakan", saya pasti jualan akan lebih laris dan cepat habis daripada konvensyen yang lepas.

Nasihat saya ialah cepat-cepat buat pembelian.

Buat tempahan sekarang sebelum kuota penuh.

Jangan pula nanti anda datang semula ke laman web ini 1 jam dari sekarang dan anda lihat tawaran sudahpun ditamatkan. Pada masa ini, anda rayu macam mana pun, saya tetap tak dapat sediakan tempat untuk anda.

JANGAN TUNGGU LAGI!

PILIH PAKEJ ANDA


PAKEJ "BELI 2, PERCUMA 1"

YA Zamri, saya nak datang BERTIGA dan akan klik banner di bawah
dan bayar RM149 untuk hadir ke Konvensyen Pakar Bisnes Internet



ATAU



PAKEJ INDIVIDU

YA Zamri, saya nak datang seorang diri sahaja dan akan klik banner di bawah
dan bayar RM99 untuk hadir ke Konvensyen Pakar Bisnes Internet


ikhlas
zamri nanyan

RM99 untuk tiket ke Konvensyen Pakar Bisnes Internet dan harga RM149 untuk pakej "Anda & 2 Rakan" pula memang macam tidak logik. Tetapi itulah yang anda perolehi jika anda bertindak sekarang.

Peluang sebegini susah untuk diperolehi. Bila lagi anda akan ditemukan dengan 8 penceramah hebat di dalam satu tempat di mana anda boleh berjumpa sendiri dengan mereka dan tanya sebarang soalan?

Dan anda akan jumpa 200 lagi orang-orang yang serupa pemikiran di dalam satu bilik yang sama. Pasti auranya mengatasi segala keraguan anda untuk berjaya di dalam bisnes internet. TEMPAH SEKARANG!










affiliates